Budi bahasa budaya kita

Budi bahasa budaya kita
Thursday, 3 October 2013
Salam Ukhwah @ Pengenalan
Assalamualaikum WBT. Blog ini ditubuhkan pada 1 Oktober 2013 dan bertujuan untuk mempromosikan tentang Kesantunan Masyarakat di Malaysia.
Blog ini akan memberi maklumat kepada pengguna tentang isu-isu kesantunan dalam bidang pendidikan. Seperti yang kita semua tahu, Bahasa Melayu tidak lagi digunakan dengan betul pada zaman globalisasi kini. Ramai masyarakat yang mengambil ringan tentang hal ini dan menyebabkan bahasa kebangsaan semakin terhakis sedikit demi sedikit. Oleh itu, blog ini akan membantu para pengguna agar dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur bahasa yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan sebagainya.
Isu-isu yang bakal dibincangkan ialah isu yang kerap dibahaskan cuma tidak begitu popular di kalangan masyarakat kerana kurangnya pendedahan terhadap isu ini.
Kami amat berharap agar blog ini dapat membantu para pengguna untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan lebih berkesan dan efektif. Terima Kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment