Kemajuan dan perkembangan dunia dalam konteks teknologi pada masa kini adalah sangat pesat. Hal ini telah menyebabkan bidang pendidikan bagi Malaysia sendiri untuk mengalami transformasi di mana penggunaan ICT dalam pendidikan adalah digalakkan. Hal ini telah dilaksanakan oleh KPM melalui pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur pendidikan. Namun, terdapat beberapa masalah yang timbul. Dan antaranya adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah dan bandar dan luar bandar. Realitinya terdapat beberapa sekolah kawasan luar bandar yang masih tidak mempunyai prasarana yang lengkap untuk menjalankan sesi pembelajaran menerusi penggunaan ICT. Sehubungan dengan itu, masalah capaian internet juga turut menjadi isu bagi kawasan bandar dan luar bandar. Hal ini kerana kawasan luar bandar mempunyai capaian internet yang agak rendah dan perlahan. Hal ini telah menyebabkan ketidakseimbangan dalam pencarian sumber tambahan untuk pembelajaran bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar. Berdasarkan daripada apa yang telah di alami semasa di alam persekolahan dulu, servis bagi komputer-komputer yang ada adalah agak lemah di mana para pelajar perlu menunggu untuk satu jangka masa yang panjang untuk menggunakan kemudahan tersebut.
Oleh yang demikian, langkah-langkah yang boleh di ambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menyediakan satu perkhidmatan untuk membolehkan perkhidmatan servis komputer sekolah. perkhidmatan tersebut pula hendaklah dipusatkan. ianya bermaksud melantik satu organisasi yang khas bagi perkhidmatan ini disetiap sekolah yang ada. selain itu, kita juga boleh memperbaiki capaian internet dengan meletakkan pencawang bagi talian internet di kawasan-kawasan pedalaman.
Rujukan
- http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/
- Ramlan Bin Zainal Abidin, Dr. Ahmad B. Esa, Prof. Dr. Wan Mohd. Rashid B. Wan Ahmad, PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: ISU,CABARAN DAN PERANAN SEKOLAH MEMBANGUN MODAL INSAN DALAM KOMUNITI SETEMPAT, 16 OKTOBER 2008, FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL, UTHM.
No comments:
Post a Comment