Budi bahasa budaya kita

Budi bahasa budaya kita
Budi bahasa budaya kita

Thursday, 3 October 2013

ISU KESANTUNAN GURU (PENGGUNAAN BAHASA)

Kesantunan berbahasa ini berdasarkan cara berkomunikasi dengan orang lain sama ada dari segi verbal atau bukan verbal. Ketika berkomunikasi, seorang guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan bukan sahaja hanya dalam menyampaikan idea yang difikirkan. Perkataan dan bahasa yang digunakan haruslah juga dititikberatkan agar tidak menyinggung perasaan seseorang terutamanya kepada murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Cara berbahasa juga hendaklah sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Guru yang tidak mampu menggunakan kesantunan berbahasa secara betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tidak beradat bahkan tidak berbudaya.

Tujuan berbahasa bagi seorang guru 

• Dapat menyampaikan mesej dengan jelas dalam berkomunikasi terutamanya ketika melaksanakan       pengajaran.
 • Mengeratkan hubungan antara guru dengan pelajarnya.
 • Menunjukkan bahawa mereka seorang yang mesra dan tidak perlu ditakuti oleh pelajar terutamanya ketika pelajar bertanyakan soalan kepada mereka.
 • Tidak menyinggung perasaan pelajar.

Selain bersantun melalui bahasa seperti tutur kata, kita juga boleh melemparkan senyuman manis dan menyapa orang lain. Sapaan tersebut boleh dilakukan dalam bentuk pujian, kerana ia dapat menunjukkan bahawa kita memberi perhatian kepada mereka. Guru seharusnya sentiasa menjaga tutur katanya. Hal ini adalah kerana guru dijadikan teladan kepada murid-murid. Jika seorang guru itu memiliki tahap kesantunan berbahasa yang kurang baik, maka pelajarnya berkemungkinan besar akan mengikutinya. Oleh sebab itu, mereka hendaklah sentiasa mempunyai kesantunan berbahasa yang betul. Walaupun murid-muridnya menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah, mereka tidak seharusnya menggunakan bahasa-bahasa kesat tetapi mampu menegur mereka dengan menggunakan bahasa yang lebih sopan.

Antara isu yang timbul akibat guru yang tidak mengamalkan kesantunan dalam berbahasa.

Pelajar terkilan sikap guru bahasa Inggeris perbodohkan pelajar.
(2011/05/28) 

KAMI pelajar tingkatan tiga di SMK Dato Sulaiman, Parit Sulong amat kecewa dengan sikap seorang guru bahasa Inggeris yang berkelulusan dari universiti di Amerika Syarikat.

 Pada hari pertama beliau memasuki kelas kami, kami begitu bangga dan teruja kerana mendapat guru bahasa Inggeris lulusan dari luar negara. Tentu hebat orangnya, tentu juga hebat cara mengajarnya dan tentu sekali harapan kami akan dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih cepat dan mudah.

 Malangnya, apa yang kami harapkan tidak kesampaian. Pada setiap hari, beliau memulakan pengajarannya dengan memperbodoh-bodohkan kami, mulanya tidak pernah menyenangkan hati kami dan ada kalanya menyalahkan guru bahasa Inggeris kami yang terdahulu. Agaknya, begitulah caranya lulusan luar negara mengajar? Memaki, menghina, menjatuhkan maruah kami?

 Semuanya ini berbeza dengan guru bahasa Inggeris kami yang terdahulu, iaitu lulusan dalam negara saja. Mereka begitu sabar, teliti, sentiasa memberi motivasi dan tekun mengajar, malah tidak kedekut dengan masa, tenaga malahan wang ringgit.

 Jika guru lulusan Amerika ini terus mengajar kami, saya rasa akan gagal dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kelak.

 Mohon jasa baik pengetua menggantikan guru ini dengan guru bahasa Inggeris lain yang lebih memahami jiwa, kehendak dan pencapaian kami.

 PELAJAR TERHINA,
 SMKDS

Berita Harian Online: 28 Mei 2011
DICATAT OLEH GURU_CIKGU DI 12:07 PTG

 RUJUKAN 
• http://bkree66.blogspot.com/2013/03/isu-kesantunan-guru.html
• http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/10/kesantunan-berbahasa.html
• http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/05/pelajar-terkilan-sikap-guru-bahasa.html

No comments:

Post a Comment