Budi bahasa budaya kita

Budi bahasa budaya kita
Friday, 4 October 2013
Thursday, 3 October 2013
Salam Ukhwah @ Pengenalan
Assalamualaikum WBT. Blog ini ditubuhkan pada 1 Oktober 2013 dan bertujuan untuk mempromosikan tentang Kesantunan Masyarakat di Malaysia.
Blog ini akan memberi maklumat kepada pengguna tentang isu-isu kesantunan dalam bidang pendidikan. Seperti yang kita semua tahu, Bahasa Melayu tidak lagi digunakan dengan betul pada zaman globalisasi kini. Ramai masyarakat yang mengambil ringan tentang hal ini dan menyebabkan bahasa kebangsaan semakin terhakis sedikit demi sedikit. Oleh itu, blog ini akan membantu para pengguna agar dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur bahasa yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan sebagainya.
Isu-isu yang bakal dibincangkan ialah isu yang kerap dibahaskan cuma tidak begitu popular di kalangan masyarakat kerana kurangnya pendedahan terhadap isu ini.
Kami amat berharap agar blog ini dapat membantu para pengguna untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan lebih berkesan dan efektif. Terima Kasih.
Konsep Kesantunan
Terdapat banyak pendapat bagi definisi kesantunan yang telah di utarakan oleh para cendekiawan baik dari Malaysia sendiri mahupun dari dunia luar. Salah satu daripadanya adalah Lakoff di mana beliau menyatakan bahawa kesantunan adalah perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Bagi Fraser dan Nolan pula, konsep kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
Menurut Osmah Haji Omar pula, kesantunan ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Bagi pendapat Bayraktaroglu pula, kesantunan itu merupakan perlakuan yang diamalkan untuk membina kesefahaman bagi mengelak ancaman dan ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan mereka yang terlibat dalam perbualan menjadi renggang.
Dari sudut perspektif agama pula, Islam terutamanya telah meletakkan nilai-nilai yang terdapat dalam ajaran agama Islam itu sendiri sebagai garis panduan untuk konsep kesantunan masyarakat Melayu itu sendiri. Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa konsep kesantunan ini merupakan satu platform perlakuan berbahasa dan bukan berbahasa yang dilakukan atas keikhlasan kerana Allah Taala.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran yang getir dalam usaha menyediakan sistem pendidikan berkualiti. Perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi mapan bergantung pada keupayaan menambah baik keberhasilan sistem pendidikan negara dengan cepat dan berkesan, serta signifikan kepada keperluan negara. Rakyat Malaysia juga menuntut supaya pelaksanaan inisiatif yang dirancang oleh Kerajaan adalah tekal, berkesan dan berjaya memenuhi hasrat semua pihak. Oleh
yang demikian, adalah penting untuk mewujudkan kerjasama antara pihak berkepentingan melibatkan murid, guru, pemimpin sekolah, pegawai Kementerian serta pihak awam untuk menghadapi cabaran ini dengan
pendekatan dan strategi baharu yang lebih kreatif dan inovatif. Berdasarkan penyelidikan dan penilaian yang mendalam dan menyeluruh terhadap sistem pendidikan semasa di Malaysia, pelibatan awam, dan rundingan dengan pelbagai kumpulan berkepentingan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menghasilkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan yang diperkenalkan ini berhasrat merintis peluang yang lebih luas ke arah keberhasilan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berdaya saing.
#LAPORAN AWAL PELAN PEMBAGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
#LAPORAN AWAL PELAN PEMBAGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
ISU KESANTUNAN GURU (PENGGUNAAN BAHASA)
Kesantunan berbahasa ini berdasarkan cara berkomunikasi dengan orang lain sama ada dari segi verbal atau bukan verbal. Ketika berkomunikasi, seorang guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan bukan sahaja hanya dalam menyampaikan idea yang difikirkan. Perkataan dan bahasa yang digunakan haruslah juga dititikberatkan agar tidak menyinggung perasaan seseorang terutamanya kepada murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Cara berbahasa juga hendaklah sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Guru yang tidak mampu menggunakan kesantunan berbahasa secara betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tidak beradat bahkan tidak berbudaya.
Tujuan berbahasa bagi seorang guru
• Dapat menyampaikan mesej dengan jelas dalam berkomunikasi terutamanya ketika melaksanakan pengajaran.
• Mengeratkan hubungan antara guru dengan pelajarnya.
• Menunjukkan bahawa mereka seorang yang mesra dan tidak perlu ditakuti oleh pelajar terutamanya ketika pelajar bertanyakan soalan kepada mereka.
• Tidak menyinggung perasaan pelajar.
Selain bersantun melalui bahasa seperti tutur kata, kita juga boleh melemparkan senyuman manis dan menyapa orang lain. Sapaan tersebut boleh dilakukan dalam bentuk pujian, kerana ia dapat menunjukkan bahawa kita memberi perhatian kepada mereka. Guru seharusnya sentiasa menjaga tutur katanya. Hal ini adalah kerana guru dijadikan teladan kepada murid-murid. Jika seorang guru itu memiliki tahap kesantunan berbahasa yang kurang baik, maka pelajarnya berkemungkinan besar akan mengikutinya. Oleh sebab itu, mereka hendaklah sentiasa mempunyai kesantunan berbahasa yang betul. Walaupun murid-muridnya menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah, mereka tidak seharusnya menggunakan bahasa-bahasa kesat tetapi mampu menegur mereka dengan menggunakan bahasa yang lebih sopan.
Antara isu yang timbul akibat guru yang tidak mengamalkan kesantunan dalam berbahasa.
Pelajar terkilan sikap guru bahasa Inggeris perbodohkan pelajar.
(2011/05/28)
KAMI pelajar tingkatan tiga di SMK Dato Sulaiman, Parit Sulong amat kecewa dengan sikap seorang guru bahasa Inggeris yang berkelulusan dari universiti di Amerika Syarikat.
Pada hari pertama beliau memasuki kelas kami, kami begitu bangga dan teruja kerana mendapat guru bahasa Inggeris lulusan dari luar negara. Tentu hebat orangnya, tentu juga hebat cara mengajarnya dan tentu sekali harapan kami akan dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih cepat dan mudah.
Malangnya, apa yang kami harapkan tidak kesampaian. Pada setiap hari, beliau memulakan pengajarannya dengan memperbodoh-bodohkan kami, mulanya tidak pernah menyenangkan hati kami dan ada kalanya menyalahkan guru bahasa Inggeris kami yang terdahulu. Agaknya, begitulah caranya lulusan luar negara mengajar? Memaki, menghina, menjatuhkan maruah kami?
Semuanya ini berbeza dengan guru bahasa Inggeris kami yang terdahulu, iaitu lulusan dalam negara saja. Mereka begitu sabar, teliti, sentiasa memberi motivasi dan tekun mengajar, malah tidak kedekut dengan masa, tenaga malahan wang ringgit.
Jika guru lulusan Amerika ini terus mengajar kami, saya rasa akan gagal dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kelak.
Mohon jasa baik pengetua menggantikan guru ini dengan guru bahasa Inggeris lain yang lebih memahami jiwa, kehendak dan pencapaian kami.
PELAJAR TERHINA,
SMKDS
Berita Harian Online: 28 Mei 2011
DICATAT OLEH GURU_CIKGU DI 12:07 PTG
RUJUKAN
• http://bkree66.blogspot.com/2013/03/isu-kesantunan-guru.html
• http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/10/kesantunan-berbahasa.html
• http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/05/pelajar-terkilan-sikap-guru-bahasa.html

Isu Akses Dalam Pendidikan.
Kemajuan dan perkembangan dunia dalam konteks teknologi pada masa kini adalah sangat pesat. Hal ini telah menyebabkan bidang pendidikan bagi Malaysia sendiri untuk mengalami transformasi di mana penggunaan ICT dalam pendidikan adalah digalakkan. Hal ini telah dilaksanakan oleh KPM melalui pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur pendidikan. Namun, terdapat beberapa masalah yang timbul. Dan antaranya adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah dan bandar dan luar bandar. Realitinya terdapat beberapa sekolah kawasan luar bandar yang masih tidak mempunyai prasarana yang lengkap untuk menjalankan sesi pembelajaran menerusi penggunaan ICT. Sehubungan dengan itu, masalah capaian internet juga turut menjadi isu bagi kawasan bandar dan luar bandar. Hal ini kerana kawasan luar bandar mempunyai capaian internet yang agak rendah dan perlahan. Hal ini telah menyebabkan ketidakseimbangan dalam pencarian sumber tambahan untuk pembelajaran bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar. Berdasarkan daripada apa yang telah di alami semasa di alam persekolahan dulu, servis bagi komputer-komputer yang ada adalah agak lemah di mana para pelajar perlu menunggu untuk satu jangka masa yang panjang untuk menggunakan kemudahan tersebut.
Oleh yang demikian, langkah-langkah yang boleh di ambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menyediakan satu perkhidmatan untuk membolehkan perkhidmatan servis komputer sekolah. perkhidmatan tersebut pula hendaklah dipusatkan. ianya bermaksud melantik satu organisasi yang khas bagi perkhidmatan ini disetiap sekolah yang ada. selain itu, kita juga boleh memperbaiki capaian internet dengan meletakkan pencawang bagi talian internet di kawasan-kawasan pedalaman.
Rujukan

- http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/
- Ramlan Bin Zainal Abidin, Dr. Ahmad B. Esa, Prof. Dr. Wan Mohd. Rashid B. Wan Ahmad, PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: ISU,CABARAN DAN PERANAN SEKOLAH MEMBANGUN MODAL INSAN DALAM KOMUNITI SETEMPAT, 16 OKTOBER 2008, FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL, UTHM.
Kesantunan Bahasa Dalam Kalangan IPT (Kaedah Menolak Pelawaan )
Kerajaan Malaysia telah menunjukkan keperihatinan yang tinggi terhadap amalan budi bahasa dengan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni pada Januari 2005, dan sehingga tahun 2010, pelbagai program disusun atur pada peringkat kebangsaan, negeri, mahupun pada peringkat sekolah dan institusi pendidikan tinggi (IPT). Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegaskan bahawa usaha memperkukuh amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat adalah satu agenda penting negara. Walau bagaimanapun, dalam mengharungi era globalisasi ini nilai murni yang telah dipusakai sejak turun-temurun semakin luntur. Penggunaan kata yang dikaitkan dengan kesopanan berbahasa semakin tidak dititikberatkan. Penutur-penutur bahasa Melayu, khususnya dalam kalangan remaja sudah mula menampakkan sikap tidak mengendahkan penggunaan kata-kata yang dapat menggambarkan kesopanan berbahasa.
Bahasa, baik secara formal atau tidak formal, secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga tingkat utama, iaitu bahasa halus atau sopan, bahasa kasar, dan bahasa kesat. Dalam konteks menolak pelawaan seseorang, ketiga-tiga jenis bahasa ini akan digunakan mengikut situasi ajakan.
(Dipetik daripada jurnal Political Managements and Policies in Malaysia Kesantunan Bahasa Dalam Kalangan Pelajar IPT: Satu Kajian Perbandingan Etnik oleh: Nasariah Mansor, Faizah Ahmad & Yusniza Yaakub)
Mari kita lihat penolakaan pelawaan secara halus:
- "Saya benar-benar minta maaf . Saya ada urusan di dewan kuliah selepas ini. Boleh tak awak minta orang lain temankan awak? Saya harap awak faham."
- "Maafkan saya. Pukul 2 petang nanti, saya ada aktiviti GERKO. Boleh tak kita tangguh perjumpaan kita pada pukul 8 malam nanti? Harap awak tak ambil hati."
Ini pula penolakan secara kasar:
- "Kenapa pula kau nak bawa aku keluar? Tak nak lah. Kau tak nampak ke aku nak tidur ni? Pergi saja lah seorang!"
- "Aku? Asyik-asyik aku. Kau ni memang tak boleh tengok orang senag kan? Ish!"
- "Kurang ajar betul lah kau ni! Aku baru je nak tidur dah kau kacau aku! Pergi mampuslah, bangang!!"
- "Celaka!! Kau ni memang cari nahas betul lah kan? Kau dah nampak aku dah pakai selimut, kau masih lagi bawa aku keluar makan? Kau pergi je lah sorang-sorang. Jangan kacau aku ye."
Dialog-dialog di atas merupakan antara cara penolakan yang sering digunakan oleh penuntut-penuntut di Institut Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Oleh itu, semua penuntut adalah diharapkan agar menggunakan bahasa yang halus ataupun bahasa yang sopan bukan sahaja dalam konteks menolak pelawaan tetapi juga semasa berbicara dengan orang lain. Ingat, " Budi Bahasa, Budaya Kita". Renung-renungkan dan selamat beramal.
(Sumber: eyfaaliasstory.blogspot.com )
ISU KESANTUNAN BAHASA
Kesantunan berbahasa ialah kehalusan budi
bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan
bahasa. Supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Hanya
kosa kata yang halus dan sopan digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej
tertentu.
Apakah remaja dewasa ini menggunakan bahasa yang sopan? Isu ini banyak diperkatakan dalam masyarakat hari ini. Penggunaan bahasa dalam kalangan remaja masa kini menimbulkan keresahan banyak pihak. Bahasa merupakan medium untuk mengungkapkan pemikiran dan menyampaikan perasaan penuturnya. Lebih daripada itu, bahasa juga akan menggambarkan keperibadian, latar belakang dan tahap pendidikan seseorang itu.
Amalan bahasa rojak bermakna tabiat yang suka mencampur-adukan perkataan
bahasa Inggeris semasa menggunakan bahasa Melayu. Gejala ini semakin berleluasa
dalam kalangan masyarakat sehingga mencemari martabat bahasa Melayu. Lebih
memberatkan lagi ialah gejala ini menular dengan begitu meluas dalam golongan
berpendidikan tinggi yang menjadi pemimpin masyarakat.
Penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan boleh menjejaskan
pembelajaran di peringkat sekolah. Kini, kebanyakkan pelajar sering menggunakan
bahasa rojak untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa singkatan dalam
penghantaran system pesanan ringkas (SMS). Apabila gejala ini dijadikan sebgai
amalan seharian mereka, keadaan ini akan menjejaskan keputusan peperiksaan bagi
seseorang pelajar, sekolah mahupun negeri.
Hal ini demikian kerana, mereka tiada kemahiran dalam menulis karangan
dengan menggunakan bahasa yang betul. Mereka telah biasa menggunakan bahasa
rojak dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan itu, mereka akan menghadapi
kesukaran untuk menulis tanpa menggunakan bahasa rojak. Oleh itu, sudah terang
lagi bersuluh bahawa pembelajaran di peringkat sekolah mahupun di peringkat IPT
akan terjejas disebabkan oleh bahasa rojak dan bahasa singkatan.
Keluarga mempunyai pengaruh yang besar ke atas penggunaan bahasa seharian dalam kalangan anak-anak. Penggunaan bahasa
rojak dalam keluarga akan menyebabkan anak-anak membesar dengan penggunaan
bahasa yang sedemikian dan anak-anak akan menggunakannya dalam pengucapan
harian di luar rumah sehingga ke sekolah. Latar belakang keluarga yang tidak
stabil seperti ibu bapa yang sering bertelagah di hadapan anak-anak selalunya
menggunakan bahasa dan nada kurang baik juga boleh sehingga meninggalkan kesan
dalam diri anak-anak mereka.
Penggunaan bahasa yang tidak sopan dalam kalangan remaja juga berpunca
daripada pengaruh media massa. Laras bahasa SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) dan
laras bahasa internet yang digunakan dalam laman sosial yang menjadi kesukaan
para remaja iaitu Facebook, Twitter, Yahoo Messenger dan sebagainya banyak
mempengaruhi para remaja masa kini. Begitu juga pembacaan daripada blog dalam
internet banyak memberi kesan kepada para remaja.
Nilai berbudi bahasa dan pengamalan adat resam yang sopan tidak lagi
menjadi pegangan lantaran dipengaruhi unsur-unsur negatif seperti
individualistik dan kebebasan tanpa batasan.
Ketidaksopanan dalam pertuturan inilah juga menyebabkan tindakan fizikal
yang dilakukan oleh para remaja menjadi tidak bermoral dan mudah terlibat
dengan usur-unsur negatif dan budaya daripada acuan Barat dijadikan sandaran
maju dan moden. Sikap berpoya-poya, rasa hilang malu dan adab, melanggar
tertib, dan peraturan, menjadi sebahagian yang melatari watak remaja.
Sekiranya remaja masa kini terus alpa
dengan gaya hidup mereka, tentunya akan memberi kesan kepada negara pada masa
depan, kerana remaja hari ini pastinya suatu
hari nanti akan berada di barisan hadapan untuk mengambil alih tampuk pimpinan
keluarga, masyarakat dan negara.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Dalam menangani permasalahan ini, institusi keluarga yang paling utama
hendaklah memainkan peranan untuk membimbing anak-anak mereka dalam membentuk
gaya pertuturan yang sopan dan teratur. Ibu bapa hendaklah bertegas supaya
anak-anak terbiasa dengan disiplin dan pertuturan yang sopan walau di mana
mereka berada.
Pihak sekolah juga hendaklah mengambil berat dalam perkara ini. Pelajar
hendaklah tidak sahaja dipantau dari segi tingkah lakunya, tetapi juga adab
sopan terutamanya berkaitan dengan pertuturan yang diucapkan semasa berada di
sekolah.
Sudah sampai masanya para remaja menjalani transformasi dalam pengamalan
nilai murni melalui kesantunan berbahasa dalam sistem pendidikan. Nilai
kesantunan ini perlu diterapkan kerana nilai ini akan menggambarkan hati budi,
akal budi dan sahsiah penuturnya. Kita sesungguhnya ingin melihat remaja hari
bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tetapi juga memiliki
sahsiah yang berkeperibadian mulia yang akan menjadi kebanggaan semua.
Wednesday, 2 October 2013
Profil Guru Pelatih
NAMA PELATIH: FENNY CHIN MUI MUI
NO. KAD METRIK: 7597
TARIKH LAHIR: 03 OGOS 1995
TEMPAT LAHIR: HOSPITAL QUEEN ELIZABETH KOTA
KINABALU
ALAMAT TETAP: KG. SUGUD PETI SURAT, 273
89507 PENAMPANG,
SABAH.
ALAMAT SEMASA: INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KENINGAU,
BEG BERKUNCI
NO. 11,
89007 KENINGAU,
SABAH.
PERINGKAT PENGAJIAN:PROGRAM PERSEDIAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP)
TESL AMBILAN JUN 2013
NAMA PELATIH : MIMI SHAMANIE
BINTI ABTAH
TARIKH LAHIR : 09 JUN 1995
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL KOTA
BELUD
ALAMAT TETAP : KAMPUNG KORONGKOM,
JALAN QUARTES JKR,
89107 KOTA
MARUDU, SABAH
ALAMAT SEMASA : INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU,
BEG BERKUNCI
NO. 11, 89009 KENINGAU, SABAH
E-MEL : blooming_blue26@yahoo.com
PERINGKAT PENGAJIAN :
PROGRAM PERSEDIAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP)
TESL AMBILAN JUN 2013
NAMA PELATIH : NABIL FIKRI BIN CHUMI
TARIKH LAHIR : 18 APRIL 1994
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL BESAR TAWAU
ALAMAT TETAP : NO 4583, TAMAN HOT SPRING JAYA,
JALAN
AIR PANAS,
91000,
TAWAU,
SABAH.
ALAMAT SEMASA : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
KENINGAU,
BEG BERKUNCI NO. 11, 89009 KENINGAU,
SABAH.
PERINGKAT PENGAJIAN :PROGRAM PERSEDIAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP)
TESL AMBILAN JUN 2013
NAMA PELATIH : MUHAMMAD FIRDAUS BIN NOR AZMI
TARIKH LAHIR : 22 SEPTEMBER 1995
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL BOTA KANAN, PERAK.
ALAMAT TETAP : NO 13, TAMAN INDAH,
JALAN KETOYONG,
TG MALIM,
PERAK.
ALAMAT SEMASA : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
KENINGAU,
BEG BERKUNCI NO. 11, 89009 KENINGAU,
SABAH.
E-MEL : hemlock_death@yahoo.com
PERINGKAT PENGAJIAN : PROGRAM PERSEDIAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP)
TESL AMBILAN JUN 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)